top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

PANDUAN GUNA BELANJA KAHWIN RM28,928!




1. Purata belanja kahwin di Malaysia adalah RM28,928! dengan jemputan 1000 orang tanpa bulan madu.


1. Belanja ini dengan anggaran hantaran cuma RM6,843 sahaja. Jika hantaran RM8,000 macam budak ada degree minta. Maka purata belanja kahwin jadi RM30,085 sahaja!


2. Jika belanja kahwin habis sampai RM30,085 dalam sehari menjadi 'Raja Sehari'. Percayalah selepas 6 bulan kahwin, akan ada rasa sesal dihati.


3. Itu semua adalah belanja hangus, kita hanya dapat video, gambaq kahwin cantik, kenangan indah, kek bertingkat yang dah habis, pujian kawan, jadi kebanggaan, gambaq cantik dalam insetageram! dan Hutang jika ada.


4. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.


5. Wanita bila dia kata, mana cukup hantaran RM8,000. Dia kena ingat bahawa kenduri bukan tanggujawab bakal suami. Ia tanggujawab ibubapa atau wali! .


6. Kenduri itu atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.


7. Jika bajet kahwin sampai RM30,085. Cuba ushakan belanja separuh sahaja. RM15'085 untuk kahwin. RM15'000 modal beli rumah pertama.


8. Takkan dah kahwin nak duduk rumah mertua, takkan nak duduk menyewa sampai anak dah lima?


9. Potong belanja video, foto, pelamin mewah, hadiah, kek kahwin, pa sistem. Pasang lagu Opik atau Surat Cinta Untuk Starla ulang kali sudah cukup.


10. Mulakan dengan Pujuk abah atau wali bahawa saya nak kahwin simple dan sederhana, ikut sunnah sahaja. Tak perlu 17 khemah semua.


11. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (baru RM1000 belanja )


12. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput satu Malaysia.


Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.


13. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.


14. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat.


Jangan nak 'poyo' sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.


15. Rancang duit kahwin nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu 'upload' dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja. Lepas tu mereka lupa!


Credit: Azizul Azli Ahmad

 
 
 

Comments


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page