PINTARNYA SI BODOH
- Syauqi Atar
- Sep 8, 2020
- 1 min read

Suatu hari seorang pengusaha memotong rambutnya dan bercukur di kedai gunting berhampiran dengan tempat kerjannya
Tidak jauh dari situ terdapat seorang anak berusia 10 tahun berlari dan melompat didepan kedai gunting tersebut.
Tukang gunting itu berkata, "Itu Salman, dia anak paling bodoh pernah aku jumpa".
"Betul ker?" jawab pengusaha.
Lalu tukang gunting itu memanggil Salman, dia menyeluk saku dan mengambil wang kertas seringgit dan lima ringgit lalu minta Salman memilih.
"Salman, kamu boleh pilih dan ambil salah satu dari wang ini. Ambillah yang mana pun. Silakan ambil! "
Salman melihat ketangan Tukang gunting antara wang RM1 dan wang RM5, lalu cepat cepat diambilnya wang RM1 tersebut.
Tukang gunting dengan penuh rasa bangga dan menjeling kepada pengusaha tadi dan berkata,
"Benarkan apa yang saya katakan tadi, Salman adalah anak terbodoh pernah saya jumpa".
Sudah berpuluh kali saya menguji dia dengan wang, pastinya dia akan ambil nilai yang paling kecil."
Setelah selesai potong rambut, ditengah perjalanan pulang pengusaha bertemu dengan Salman.
Kerana ingin tahu dia pun memanggil Salman dan bertanya.
"Mengapa sewaktu ditawarkan wang RM1 dan RM5 kamu mengambil nilai paling kecil sedangkan RM5 adalah 5 kali nilai duit yang kamu ambil? "
Salman tersipu malu sambil menutup mulutnya dengan tanggannya dan berkata,
"Saya tidak akan dapat lagi RM1 setiap kali tukang gunting uji saya jika saya terus ambil RM5.
Semua pelanggan dia akan diuji betapa bodohnya saya. Jika saya mengambil RM5 maka ujian permainan ini akan berakhir dan saya tiada lagi duit poket setiap hari".
Credit: Azizul Azli Ahmad
Comentários