17 Jerat hartanah
- Syauqi Atar
- Aug 27, 2020
- 1 min read

JERAT HARTANAH BUKAN JERAT PERCINTAAN
Hartanah juga ada jerat yang boleh perangkap kita, bukan jerat percintaan sahaja yang bahaya.
1. Mengupah peguam yang salah dan tidak bertanggungjawab
2. Mudah tergoda tawaran sexy yang pemaju sediakan.
3. Mudah terpengaruh hiasan ruang yang luar biasa menawan oleh pereka dalaman dirumah contoh disediakan
4. Tak faham proses jual beli rumah, nak belajar malas nanti dituduh 'kapitilas'
5. Terbeli hartanah yang salah di lokasi yang juga salah.
6. Terbeli hartanah dari pemaju yang muflis.
7. Beli hartanah yang ada kaveat
8. Terbali hartanah yang harga melebihi harga pasaran, harga masa depan. Dah siap tak boleh jual.
9. Kawan yang ajak JV lari separuh jalan, kita yang tanggung bayaran.
10. Terbeli hartanah yang masih mempunyai master title
11. Pegawai bank ambik kesempatan kerana kita tak pandai tentang pinjaman
12. Tak faham pakej promosi pihak bank
13. Mudah terpengaruh dengan deposit rendah oleh pemaju rumah
14. Terbeli hartanah untuk 'gaya hidup' bukan untuk 'keperluan hidup'
15. Beli hartanah sebab kagum sangat dengan saranan sifo hartanah hingga tak berdifikir.
16. Beli hartanah dengan jalan yang salah manipulasi dokumen dan multi submission ikut saranan sifo hartanah.
17. Terbeli hartanah yang telan lebih dari 35% gaji kita, nak jalan jalan naik Air Asia dah tak boleh kemana mana.
Credit: Azizul Azli Ahmad
Yorumlar