top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

4 Tip Beli 2 Rumah Setahun.




Ada yang bertanya kat saya semalam, boleh ke dia nak beli 2 rumah dalam tahun yang sama. Jawapannya, boleh. Tapi ada lah syarat-syaratnya yang dia kena patuhi.


Pertama sekali, kalau kau bergaji kecil. Kau wajib sewakan rumah pertama kau tu. Buat perjanjian sewaan elok-elok dan matikan setem di pejabat LHDN.


Lepas 6 bulan kau sewakan rumah tu, bank dah kira sewaan kau tu sebagai pendapatan tambahan. Jadi, komitmen kau untuk rumah tu sudah hampir di-cover sepenuhnya.


Cara ni memang ambil masa sikit. Tapi sabarlah. Takdalah lama sangat. Dengan cara ni, kau boleh beli rumah kedua SEPULUH BULAN lepas beli rumah pertama.


Kedua, boleh kalau kau layak. Dengan gaji yang kau dapat sekarang, kau layak buat pembiayaan rumah RM600,000. Rumah pertama, kau baru guna RM200,000.


Jadi, kau masih layak buat pembiayaan rumah dengan bank lagi RM400,000. Nak beli rumah kedua ENAM BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh.


Ketiga, boleh sangat kalau kau ada modal yang cukup. Biasa kita dengar, kita perlu ada modal 15% daripada harga rumah kalau nak beli rumah subsale. Betul, kan.


Katakan, kau ada tunai kat tangan RM90,000 iaitu 15% daripada RM600,000. Untuk rumah pertama RM200,000 kau baru pakai modal RM30,000. Masih ada baki RM60,000.


Kau boleh guna RM60,000 untuk modal beli rumah kedua berharga RM400,000. Nak beli rumah kedua TIGA BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh wei.


Keempat, boleh kalau kau berani dan cukup ilmu di dada. Cewah! Kau setel poin kedua, ketiga dan keempat tu, kau boleh beli rumah kedua SEHARI lepas beli rumah pertama.


Credit: Harith Faisal

 
 
 

Commentaires


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page