top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

Ambil Tahu Tentang Zakat Emas



Ramai orang selalu terlepas pandang untuk bayar zakat emas! Dan setiap kali nak bayar, mereka tak tahu cara pengiraan untuk bayar zakat emas.

Sini Lia kongsikan cara bayar zakat emas.

Ianya terbahagi kepada 2 :


i) Emas yang kita pakai (barang kemas) =====

Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi uruf (adat kebiasaan).

Maknanya kalau kita pakai barang kemas yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.


#Formula : [(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]

Contoh Cik Kiah tinggal di Selangor, jadi kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).

Katakan Cik Kiah pakai barang kemas 900 gram. Jadi kiraannya :

(900 gram – 800 gram) x RM185.44 x 2.5% = RM463.60

RM463.60 adalah kiraan yang wajib dibayar ke pusat zakat.

#Nota : Kadar uruf emas di setiap negeri adalah berbeza.


ii) Emas yang kita simpan (goldbar / dinar) =====

Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan contoh goldbar, dinar, barang kemas yang tak dipakai dan seumpamanya.

Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5%.

Maknanya kalau melebihi 85 gram emas yang kita simpan wajib bayar zakat emas.

Berat emas disimpan x harga semasa x 2.5%

Contoh Cik Kiah ada simpan gold bar sebanyak 90 gram. Jadi kiraannya :

90 gram x RM185.44 x 2.5% = RM417.24

RM417.24 adalah kiraan yang wajib dibayar ke pusat zakat.

Kawan-kawan, beli, beli juga emas. Simpan, simpan juga emas. Tapi tolong jangan buat main-main ya kalau pasal zakat ni.


Sebab Rasulullah SAW ada bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud :

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)”

Dapat sesuatu?


Credit: Nur Aliah Mohd Nor



 
 
 

Komentar


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page