GAWAT DATANG LAGI!
- Syauqi Atar
- Sep 8, 2020
- 1 min read

1. Jangan panik bila gawat datang menyapa kita lagi,
2 . Jika kita rajin membaca, R. Kiyosaki telah tulis tentang ini sejak 2012 lagi.
3. Katanya bencana ekonomi akan berlaku 2015 atau awal lagi. Tapi kita degil dan buat buat tak mengerti.
4. Bagi yang belum beli rumah, carilah sebuah. Kerana rumah itu keperluan asas manusia.
5. Lupakan dulu pasaran 'undercond' dan baru. Lihat pasaran 'subsale' atau pasaran lelong sahaja dulu.
6. Cari kediaman dibawah RM200k yang kecil dan sederhana. Bayaran bulanan baru sekitar RM 900 sebulan.
7. Kadar pendapatan isi rumah di Malaysia, masih mampu membayarnya. Jika sukar cari yang lebih rendah bayaran bulanan.
8. Lebih murah kediaman yang anda beli, lebih sukar untuk 'terlelong' nanti.
9. Pelabur hartanah mewah berjaga jaga dengan situasi ini. Yang guna stategik OPM juga hati hati, langit tidak selalunya tinggi.
10. Mulakan dengan kediaman 'kecil dan sederhana'. Tinggal dirumah pangsa bukan satu dosa.
11. Bagi pelabur bijak dan pintar, ini masanya membeli hartanah dibawah harga pasaran.
12. Hati hati membeli jangan sampai terjerat diri. Buat analisis dan bukan ikut sedap hati.
13. Jika ilmu belum penuh didada tangguhkan dulu untuk beli apa saja. Jangan bina hutang baru yang kita belum tentu mampu.
Musim 'kemarau' kali ini mungkin panjang rasanya.
Kita bukan anak menteri, kita cuma anak 'Raja Sehari'.
credit: Azizul Azli Ahmad
Comments