top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

HOC 2020: Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem Bila Korang Beli Rumah


Situasi pemilikan rumah kat Malaysia ni rumit sebenarnya - ada permintaan dan ada jugak bekalan rumah, tapi isu kewangan yang menjadi masalah utama kat sini. Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), wujudnya ketidakseimbangan penawaran-permintaan rumah dalam pasaran hartanah sejak tahun 2015 lagi. Atas sebab apa berlakunya ketidakseimbangan ni? Yang pastinya bukan sebab susah nak dapat pinjaman perumahan, tapi sebab (drum roll sikit…) Sebab kita semua dah tak mampu nak beli rumah. Fenomena ni pulak mencetuskan satu lagi masalah yang agak parah - UNIT TAK TERJUAL. Yup, menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), bilangan unit kediaman siap yang tak terjual meningkat setiap tahun daripada 20,304 ke 30,115 (sehingga 30 September 2018). Weh, banyak gila kot lambakan rumah tak terjual kat Malaysia ni. Bagi mengatasi masalah ni, Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng buat satu kempen perumahan yang dikenali sebagai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) pada tahun 2019 dengan harapan untuk menyelesaikan masalah perumahan ni dan menggalakkan pemilikan rumah.  Tahun ni (2020), kerajaan memperkenalkan Rancangan Pemulihan Ekonomi Jnagka Pendek (PENJANA) sebab ekonomi Malaysia ni mendapat kesan teruk dari isu pandemik COVID-19 dan jugak. Antara salah satu inisiatif yang dekemukan ialah pengenalan semula HOC 2020! Yup, kempen ini diwujudkan untuk membantu korang memiliki rumah sendiri. Korang yang bercadang nak beli rumah tu sentiasa alert dalam tempoh kempen ni sebab benda ni bukan selalu ada.  Okay, sebelum kita sembang dengan lebih lanjut pasal beli rumah semua ni, ada beberapa perkara yang korang kena tau pasal HOC ni.  Boss, siapa yang layak untuk sertai HOC ni dan ada promosi tak? Dari 1 Jun 2020 sampai 31 May 2021, semua warganegara Malaysia yang nak beli rumah (yang berharga lebih RM100,000 dan tak lebih RM2.5 juta) akan dapat nikmati diskaun minimum 10% (mungkin boleh dapat diskaun lebih) daripada pemaju hartanah.  Di samping tu, korang jugak akan dapat pengecualian duti setem 100% untuk Surat Pindah Milik Harta dan Surat Perjanjian Pinjaman - well, bergantung pada harga rumah lah.  Surat Pindah Milik Harga HARGA RUMAHDUTI SETEMRM100,000DikecualikanRM100,001 sehingga RM500,000DikecualikanRM500,001 sehingga RM1,000,000 Dikecualikan RM1,000,001 sehingga RM2,500,0003% (Sebelum ni 4%. Berkuatkuasa pada Julai 2019)

Surat Perjanjian Pinjaman HARGA RUMAHDUTI SETEMSehingga RM2,500,000Dikecualikan * Jumlah pengecualian dalam *Surat Perjanjian Pinjaman adalah 0.5% dari jumlah pinjaman. Ingat tau, untuk korang layak HOC, korang kena ada SPA yang dah siap sign dan dicop dalam tempoh kempen HOC ni.  HOC ni macam ni sebenarnya, kalau korang beli sebuah rumah yang berharga RM550,000... Tanpa HOC korang kena bayar banyak ni tau (ni berdasarkan Kalkulator Pinjaman Rumah & Duti Setem Loanstreet): Tetapi dengan HOC, korang bayar lagi murah: Lagi satu... Korang kena take note yang pengecualian bayaran tu cuma untuk kediaman yang ada kat pasaran utama je mcm landed house, kondominium dan service apartment yang dah siap atau yang masih dalam pembinaan. Selain itu, kediaman ini juga harus dikawal oleh Akta Pemajuan Perumahan dengan pengiklanan dan permit jualan yang sah (AP) dan lesen pemaju (DL) dan/atau Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC). Jadinya kalau korang ada angan-angan nak beli sebuah small office/home office (SoHo), small office/versatile office (SoVo), small office/flexible office (SoFo) atau subsale unit - SORRY GUYS, hartanah jenis ni tidak layak. Bagi hartanah yang layak pulak kat Semenanjung Malaysia MESTI berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak pulak, hartanah yang layak mesti berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (SHAREDA) dan persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).  So,  kalau tak nak kecewa, sebelum nak beli apa-apa rumah melalui HOC tu, pastikan korang check dulu sama ada rumah tersebut layak atau tak. Nak senang, korang tanya je ejen hartanah kat showroom semua tu, tak pun, call pemaju terus pun boleh. 

“Admin, saya nak tanye...” 1. Saya kena bayar yuran dulu ke sebelum beli rumah melalui HOC?  Kalau ada orang tetiba mintak korang bayar yuran dulu kalau nak dapat promosi HOC, korang suruh je bahenol tu pergi main jauh-jauh. Tak de maknanye korang kena bayar yuran dulu kalau nak join HOC ni. Hanya pemaju je yang kena bayar yuran pendaftaran pensijilan ni.  2. Baru-baru ni kan, saya ada beli rumah tapi tak dapat pun pengecualian cukai 10% atau pengecualian duti setem. Ha macam mana tu? Sekiranya lah kan korang ada sign SPA dalam tempoh kempen HOC ni tapi korang tak dapat pengecualian cukai 10% dan pengecualian duti setem untuk Surat Pindah Milik harta dan Surat Perjanjian Pinjaman, korang boleh mintak bayaran balik. Check pemaju unit yang korang beli melalui HOC tu berdaftar tak dengan REHDA, SHAREDA atau SHEDA. Lepas tu, pastikan jugak diskaun 10% yang korang dapat tu tertera dalam SPA.

3. Kalau saya nak beli lebih dari satu rumah, boleh dapat tak pengecualian duti setem untuk kesemua rumah tersebut? Tak boleh. Pengecualian duti setem ni terhad untuk 1 unit bagi satu pembeli je.  PEMBETULAN: BOLEH! Kalau mampu teruskanlah niat tu. NOTA: Ops, kami ada buat kesilapan info untuk jawapan kat atas. Mujur ada pembaca macam, Steven Lim, yang amek masa dia untuk highlight kat kami pasal ni. Terima kasih, bos!

Apa-apa pun, jangan lupa untuk check kelayakan korang melalui Laporan Kelayakan Pinjaman Rumah Komprehensif kami untuk tahu jenis rumah dan harga rumah yang sesuai untuk korang suapay dapat bantu korang keputusan yang betul sebelum membeli rumah.  Selamat membeli rumah!


 
 
 

Commentaires


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page