top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

Jangan Salah Pilih Rumah?



1. Saya selalu pesan, jika kali pertama beli hartanah. Ushakan beli kediaman bawah RM350,000 sahaja. Belajar urus hutang kecil dulu.


2. Jangan terus nak buat hutang besar beli rumah impian kita kali pertama.


3. "Mana ada rumah murah kawasan kami?". Tukar jenis kediaman dan lokasi yang kita cari. Jangan sebab rumah contoh cantik kita ghairah rasa nak beli.


4. "Gaji kita orang besar, kita layak beli". Betul, jangan habiskan gaji bayar rumah sahaja bro. Kita tak tahu lepas covid 19 ini akan ada covid 20, 21 atau 30.


Sediakan ruang gaji untuk bernafas, simpan dan melabur juga . Sebab itu belajar beli yang kecil harganya.


5. Pembeli kediaman ini masih muda, baru berusia 27 tahun dan kediaman dia beli RM450,000 menghampiri setengah juta! Saya sendiri tak pernah beli hartanh setengah juta sekali beli.


6. Jangan juga bangga dan ghairah beli sebab bayaran muka rendah. "Kita orang bayar RM1000 sahaja, dapat cashback lagi". Jaga jaga, benda indah pasti akan ada duka.


7. Saya juga banyak menulis unit service apartment juga tidak sesuai dijadikan kediaman kerana bill utility, cukai lebih tinggi dari rumah biasa.


8. Di negara bertuah ini, kecekapan penggunaan tanah masih rendah dan lemah. Hari ini kita beli apartment RM450,000. Lima tahun kedepan naik apartment baru lebih modern, lebih luas, lebih banyak fasaliti pada harga yang lebih murah.


Siapa nak duduk rumah kita?.


9. Dua hari lagi hartanah ini akan mula dilelong, jika berminat nak beli pada harga murah. Baca ebook lengkap ini



10. Saya menulis panjang lebar tentang unit SOHO, SOFO, SOVO dan Soto ini. Ia bukan pilihan yang baik dalam pelaburan atau belian sebenarnya pada saya.


11. Jangan terlalu ghairah nak membeli sampai terbeban hutang begini. Jika harga makin turun, walau rumah ini terlelong. Pembeli tetap kena tanggung hutang yang dia pinjam asal.


Katakan beli RM450,000 dan terlelong nanti RM250,00. Maka perbezaan RM200,000 masih wajib dibayar oleh pembeli kacak ini.


12. Nak beli rumah pada harga murah, belajar ilmu lelong ini kawan kawan disini.


Credit: Azizul Azli Ahmad

 
 
 

Comments


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page