top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

KAMI BUKAN BABI!




1. Membeli rumah bukan semudah menternak ikan laga, ia perlukan analisis hartanah yang geliga.


2. Setiap kali belian ia bukan guna sedikit wang, deposit rumah, yuran guaman, duty stamp, yuran penilian, bayaran ajen dan sebagainya tidak datang percuma.


3. Bagi kediaman serendah RM100k sahaja modak awal adalah sekitar RM13,560 sahaja. Bagaimana dengan rumah RM200,00 dan RM350,000?


4. Jika mereka yang digelar 'babi' ini tidak sediakan rumah sewa, dimana kita akan tinggal waktu mula mula kerja dulu?


5. Tidak semua dari kita dapat asrama waktu belajar dulu, ada yang terpaksa menyewa. mereka inilah yang membantu kita waktu mula belajar dulu. (Kita balas dengan 'pecahkan' rumah mereka bila kita keluar dari rumah itu, itu belum sampah dan sumbatkan saluran air tuan rumah)


6. Jangan nampak keuntungan mereka sahaja, lihat berapa banyak modal awal mereka yang perlu ada. Perabot yang mereka beli tidak guna bulu dada jauh sekali bulu mata.


7. Mereka tidak seperti penyewa mereka yang pakai Honda, Almera, Vios dan Toyota segala bagai, mereka sanggup bersusah payah untuk beli rumah pertama. Kebanyakkan yang saya kenal kereta mereka model lokal sahaja.


8. Tidak sepanjang tahun rumah mereka penuh, rumah sahabat saya Ihsan Zainal penyewa keluar dia angkut sekali lampu, almari dan kipas. Dia ingat dah sewa dapat percuma!


9. Jangan dengki dengan 'babi babi' ini, lebihan bayaran pendapatan mereka keluarkan zakat. Jika kita kata mereka ini telah beli semua rumah yang ada, Laporan NAPIC menyatakan ada lebihan 18,906 rumah yang belum terjual.


10. Belajar menjadi manusia mulia, bukan menghina usaha manusia lain. Mereka sediakan kediaman untuk kita bermula kehidupan pertama.


Babi juga makhluk Tuhan yang bernyawa.


credit: Azizul Azli Ahmad

 
 
 

Comments


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page