top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

Ramai orang dah boleh simpan 20% dari gaji setiap bulan tapi tak faham kenapa mereka


Lia risau kalau ramai orang dah boleh simpan 20% dari gaji setiap bulan tapi tak faham kenapa mereka menyimpan dan paling parah kalau terguna juga duit simpanan tu!


Sini Lia kongsikan 3 tips mahal supaya tabiat kita menyimpan 20% setiap bulan itu ada hasilnya.


#No1 Kenalpasti tujuan menyimpan 20%

Kajian menunjukkan 24% rakyat malaysia mampu bertahan 3 bulan sahaja untuk menampung kos sara hidup andai hilang sumber pendapatan! (Cash reserve)

Sebab tu la pentingnya kena tahu tujuan kita simpan.

Contohnya

- Simpanan ini untuk dana kecemasan - Simpanan ini untuk deposit rumah - Simpanan ini untuk pergi melancong

Tapi yang paling penting dan utama sekali simpanan kecemasan tu. Sebabnya 52% rakyat malaysia sukar buat simpanan kecemasan walaupun RM1,000!

Nampakkan betapa penting kita perlu tulis, tahu & jelas matlamat simpanan kita.

#No2 Kurangkan 10% kebocoran duit

Cara untuk kita kurangkan kebocoran duit ini iaitu dengan belajar rekod semua duit keluar masuk. Kita perlu pantau jumlah baki dalam tangan secara mingguan.

Contohnya

Minggu pertama Minggu ke-2 Minggu ke-3 Minggu ke-4

Dengan cara diatas ini la kita boleh 100% kesan kemana duit kita hilang selama ini. Hanya dengan merekod duit keluar masuk sahaja dan jangan sampai lalai menjaga kewangan kita.


#No3 Simpan dan lupakan

Paling menakutkan apabila 84% rakyat malaysia terpaksa guna semula duit simpanan mereka pada minggu ke-4 sebelum dapat gaji.

Maksudnya begini, kalau tempat kita menyimpan itu kita senang akses, makanya senang juga untuk kita guna. Bila teringat boleh terhabis juga semua simpanan kita tu!


Cara terbaik untuk selesaikan iaitu dengan buka 1 bank akaun simpanan tanpa kad atm dan access online banking.

Hanya gunakan untuk duit masuk dan tiada duit keluar. Untuk check baki boleh ke kaunter 3 bulan sekali. Haa amacam berani tak?

Kawan-kawan,


Kadang kita selalu rasa duit gaji tak cukup sampai terfikir, kenapa rezeki asyik sempit je setiap bulan? Kita perlu semak balik tabiat dan tujuan kita menyimpan. Dan tanpa ilmu tak akan merubah apa-apa pon.

Paling penting, duit kita sikit ke banyak, sentiasa jaga keberkatan rezeki tu. Biar rezeki yang masuk itu berkat.


“Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat itu umpama meminum air laut, semakin diminum semakin tak puas dan haus!”

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini.


 
 
 

Comments


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page