top of page
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • YouTube

Personal Loan Untuk Beli Rumah?




kalau aku mohon personal loan untuk deposit beli rumah, boleh ke?"


Saya langsung tak terkejut dengan soalan macam tu sebab normallah anak muda sebaya saya takda simpanan RM20,000-RM30,000 sebagai modal beli rumah. Setuju?


Jawapan saya, janganlah mohon pembiayaan peribadi semata-mata nak untuk modal beli rumah. Sebab tu saya selalu tekankan,


"Walaupun korang rasa tak nak beli rumah lagi sekarang ni, buat jugalah TABUNG RUMAH. Nanti bila tiba-tiba korang dapat hidayah untuk beli rumah, modal dah ada masa tu."


Keburukannya modal beli rumah dengan pembiayaan peribadi?


1. Komitmen bulanan menjadi tinggi hanya untuk satu rumah. Lagi-lagi kalau anda duduk sendiri rumah tu. Cubalah elakkan ya.


2. Kalau disewakan rumah tu, susah nak dapat aliran tunai positif sebab komitmen tinggi sangat. Saya tak rajin nak buat kira-kira pagi ni. Kira sendiri ya.


3. Kelayakan pembiayaan rumah semakin berkurang. Contoh, sebelum ni layak rumah RM200,000 patutnya. Lepas ambil pembiayaan peribadi, mungkin layak RM100,000 saja.


4. Kesan buruk kepada loan profile. Dahlah gaji ciput pula tu. Penyudahnya, pembiayaan peribadi lepas, pembiayaan rumah pula sangkut.


5. Kalau buat pembiayaan peribadi selepas lulus pembiayaan rumah? Masih kena ada modal awal juga. Bukan boleh booking rumah pakai air liur saja dik oi!.


Apa-apa pun, buatlah kiraan sendiri ya. Sesuaikan dengan perancangan short term dan long term kau. Hidup kau, bukan hidup saya.


Kalau dah tersontot sampai rumah kena lelong, hujung bulan makan maggi, jangan kata saya tak pernah ingatkan pula.


Credit: Harith Faisal

 
 
 

Comments


SEMAK KELAYAKAN MILIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

bottom of page