TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA.
- Syauqi Atar
- Sep 8, 2020
- 1 min read

1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis
2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya.
Jangan Lakukan ini kawan :
+ Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
+ Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.
+ Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.
+ Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.
+ Report kereta hilang atau kena curi.
3. Jika dah masuk bulan ke tiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank.
4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercuri dan tuntut kembali.
5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.
6. Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:
+ Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
+ Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
+ Pada hari cuti umum.
+ Selepas jam 9 malam.
7. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
8. Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.
Biar malu guna kereta lama, dari malu satu Malaysia bayar kereta dengan Baygon sahaja
Credit: Azizul Azli Ahmad.
Comments