Wajib Buat 5 Langkah Ini Dulu Sebelum Beli Rumah
- Syauqi Atar
- Aug 11, 2020
- 2 min read
Updated: Aug 13, 2020
Perkongsian dari FB, tips beli rumah oleh Tuan Rahim Mashor
Beli rumah tak salah. Tapi cara saya uruskan wang semasa beli rumah itu salah. Ini adalah pengalaman saya.
Saya beli rumah pada 09/2014. Tapi masih belum perlu buat installment bulanan atas sebab rumah yang saya beli tu belum mendapat sijil kelayakan untuk diduduki.
Pada masa tu saya dah tahu berapa komiment yang perlu saya keluarkan untuk rumah tersebut. Tapi saya buat tak tahu je sebab belum kene bayar lagi. Loan lulus pada 09/2014.
Mula kene bayar 05/2015. Jumlah installment RM900 sebulan. Jadi apa yang silapnya? Silapnya, saya tak belajar cara uruskan wang dengan betul. Sepatutnya bila dapat tahu berapa kene bayar bulan-bulan, saya perlu simpan jumlah wang tersebut. Tapi tidak walaupun RM100 sebulan.
Kalau lah saya simpan wang dalam tempoh 8 bulan tu saya dah ada RM7,200 (RM900X8 bulan). Lepas lah untuk buat grill dan pasang lampu kipas atau aircond kat rumah saya tu. Akhirnya, saya terpaksa buat loan lagi untuk kos-kos masuk rumah. tu belum masuk kos beli perabot. Nak menyesal pun dah tak guna. Tak pasal-pasal tambah hutang lagi. Sesungguhnya buat hutang itu mudah, nak membayarnya hanya yang buat hutang je yang tahu.
Kalau ikutkan saranan pakar kewangan. Contohnya, nak beli rumah 3 tahun lagi, mulalah simpan wang dari sekarang. Buat anggaran siap-siap berapa jumlah bayaran yang kita mampu setiap bulan. Kalau anggaran installment rumah RM1000 sebulan, belajar simpan jumlah tu dari sekarang.
3 tahun bersamaan 36 bulan. Dalam masa 36 bulan dah dapat simpan RM36,000. Kalau beli rumah RM250k, downpayment 10% RM25,000. Ada lagi lebihan RM11,000 dah boleh tampung kos untuk pasang grill, lampu dan kipas. Yang pastinya, dah takkan timbul masalah untuk buat bayaran installment rumah bulan-bulan sebab dah belajar simpan dari 3 tahun lepas lagi.
Ramai yang gagal untuk simpan wang dalam jumlah yang banyak seperti tu sebab wang bersifat untuk dibelanjakan. Malah kita juga diasuh sejak dari kecil lagi, bila ada wang perlu belanja. Sudah menjadi habit dalam diri. ALTERNATIF,
Belajar simpan emas fizikal. Dengan emas manusia menjadi sayang untuk belanja. Itu fitrah manusia sejak dari dulu lagi. Malah emas juga merupakan simbol kepada kekayaan yang sebenar.
Sumber: infohartanah.com
Comments